16 Jun 2016 - 16:14
Perang UAE di Yaman telah tamat

UAE sudah tidak sanggup menyertai peperangan di Yaman akibat kehilangan ramai anggota tentera dan helikopternya - Editor al-Manar

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini mengistiharkan tamatnya perang ke atas Yaman dan operasi pasukan tenteranya hanya di peringkat membasmi terrorisme di negara tersebut, menurut laporan AP.

Dalam masa yang sama, kita melihat tentera UAE telah banyak menderita kehilangan jiwa anggotanya dan beberapa helikopternya telah ditembak jatuh oleh tentera Yaman yang dibantu pasukan sukarela rakyat.

Ekoran perkembangan tersebut, Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan dalam laman sosial Twitter mengumumkan keputusan untuk menarik diri dari pakatan yang dikepalai Arab Saudi untuk mengganyang Yaman, Rabu lalu.

Kata-kata beliau turut dipetik oleh Menteri Luarnya Anwar Gargash yang berkata, "Operasi anggota tentera kita telah tamat." Beliau turut mengulas bahawa secara praktikalnya peperangan telah tamat.

UAE merupakan antara negara utama yang menyertai pakatan Arab Saudi sejak 26 Mac 2015.

Ribuan orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam tindakan aggresif pakatan tersebut ketika menggempur Yaman dengan pesawat tempur.